Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-dong - Hwang Bo-reum
Baru selesai baca buku Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-dong. Kita bagi 4 bintang ⭐️⭐️⭐️⭐️
Cerita ni pasal Yeongju ni buka perniagaan kedai buku lepas dia bercerai. Dia buat perniagaan ni sebab dia minat baca buku. Tapi dia takde strategi. Masa mula-mula dia buka kedai buku tu, dia masih lagi dalam fasa sedih.
So untuk nak meramaikan pelanggan datang ke kedai dia, Yeongju nak jual kopi juga. So dia nak cari seorang barista. Minjun sudi nak kerja barista kat situ tapi Yeongju bagi dia tempoh percubaan dulu dan dia pesan pada Minjun kedai dia mungkin bertahan dalam dua tahun je.
Minjun pun ada isu hidup yang tersendiri. Dia belajar dah sampai peringkat tertinggi tapi masih lagi susah nak dapat kerja tetap. Bila dia nampak iklan jawatan kosong barista kat kedai buku Yeongju, dia tanpa fikir panjang pergi je apply dan diterima kerja situ.
Ibu Minjun tak suka Minjun takde kerja tetap tapi Minjun seronok kerja sebagai barista dan dia dapat belajar pasal kopi dan cara buat kopi. Selain jadi barista, kerja Minjun juga ambil stok kat Jimi.
Jimi pun ada isu tersendiri juga. Dia bela biawak hidup 🐊 Dulu sebelum kahwin dia nampak suami dia cool sampai ajak dia kahwin. Suami dia takyah buat pape. Rumah Jimi yang sediakan. Sekarang dia yang sakit hati dapat laki macam ni. Huhu.
Salah satu aktiviti yang Yeongju buat untuk kedai buku dia adalah sesi dengan penulis buku. Yeongju jemput Seungwu, seorang editor. Seungwu ni jatuh hati pandang pertama kat Yeongju 🤭
Yeongju ni pula lepas cerai dia rasa dia sukar dicintai. Tapi dia buat ujian perasaan macam mana hidup dia ada Seungwu. Dia terbuka hati nak terima hati Seungwu
Tapi dari buku ni ada satu persoalan. Korang lagi suka buat benda yang korang suka atau korang pandai? Cuba komen sikit 🫰🏻Kalau aku lagi suka buat benda yang aku suka sebab aku boleh kawal semua.
Kalau korang nak cuba baca buku ni, boleh beli kat sini ⬇️
https://s.shopee.com.my/A9ztijEdDY. Ini terjemahan dari novel Korea Selatan.